Monday, December 28, 2015

0

Kebaikan Kayu Sugi

  • Monday, December 28, 2015
  • Rahman Hatim
  • Share


  • Kebaikan Kayu Sugi (Salvadora Percisa) telah terbukti samada secara saintifik mahupun tradisi bagi menjaga kebersihan dan kesihatan gusi dan gigi. Sejak turun-temurun, kayu sugi digunakan oleh muslimin dan muslimat untuk bersugi.

    Kajian perubatan kayu sugi telah menunjukkan kelebihannya boleh dibandingkan dengan agen-agen anti-plak dan penyahjangkit mulut sekiranya digunakan di dalam konsentrasi yang tinggi. Disamping menguatkan gusi, mengelakkan kereputan gigi, kayu sugi juga dikatakan mengelakkan nafas berbau. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) juga telah mengiktirafkan faedah-faedah kayu sugi serta menggalakkan penggunaanya.

    Allah S.W.T dan parak malaikat mengasihi orang-orang yang bersugi. Menurut Al-Mawardi di dalam kita Al-Hawi, berusgi disunatkan pada setiap masa dana mat dituntut pada keadaan-keadaan berikut:

    • Sebelum berwuduk
    • Sebelum membaca Al-Quran
    • Sebelum bersolat
    • Ketika berubah bau mulut.


    Sabda Rasulullah S.A.W daripada Abu Hurairah r.a, “Sekiranya tidak membebankan umatku, akan aku wajibkan mereka bersugi setiap kali berwuduk” (Hadis Riawat Iman Bukhari dan Imam Ahmad).


    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com