Bergusti Di Pusara Di Bulan Syawal !

Bergasak atas pusara

GEORGETOWN: Ketibaan 1 Syawal sepatutnya menjadi saat untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim, namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita apabila menjadi mangsa belasahan abang kandung.

  Lebih memilukan,  kejadian itu berlaku di tanah perkuburan di Bayan Lepas, dekat sini, ketika wanita itu menziarah pusara ibu bapa mereka pada pagi Aidilfitri lalu.
  Insiden mengaibkan itu dikatakan berlaku apabila abang kandung wanita berkenaan naik angin selepas ditegur mengenai tunggakan pinjaman pengajian anak lelakinya dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dijamin suami wanita terbabit yang tertunggak sebanyak RM26,000.
  Tidak puas hati dengan teguran wanita berkenaan dan suaminya itu  menyebabkan lelaki terbabit yang juga bekas pegawai kanan pasukan keselamatan bertindak di luar batasan. 


  Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maimunah, 47, berkata, kejadian berlaku jam 11.45 pagi ketika dia bersama keluarganya mahu meninggalkan tanah perkuburan berkenaan selepas menziarahi pusara ibu bapa mereka.


p/s nie bukan tajuk filem Hariraya tapi tajuk mereka yg bergelar urban yg materialistik.............

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama