Watak Dan Keperibadian Mengikut Hari Kelahiran

Watak Dan Keperibadian Mengikut Hari Kelahiran




Assalamualaikum,hari ini ingin sekali kongsikan dengan anda tentang watak dan keperibadian mengikut hari kelahiran, tarikh lahir mempengaruhi personaliti, mudah nanti untuk pasangan suami dan isteri memahami masing-masing dan orang sekeliling anda.

Firman Allah: 

Sesungguhnya Aku(Allah),Zat yang menciptakan manusia(Adam) daripada tanah liat yang kering yang berasal daripada lumpur hitam. Setelah itu dijadikan bentuk,lalu Aku tiupkan roh-Ku(roh milik Allah) ke dalamnya(jasad manusia) "-(Surah al-Hajr ayat 29).

Setiap manusia yg ditiupkan roh kedalam jasadnya akan mempunyai watak dan keperibadian jdi sy akan kongsi watak dan keperibadian tersebut mengikut hari....

Anda sudah lupa hari lahir anda? buka kalendar pada telefon anda dan tetapkan bila tarikh anda lahir disitu, apabila sudah, akan keluar hari apa anda dilahirkan...


Hari Isnin:

  • Tidak bakhil (kedekut), ikhlas hati dalam memberi, tidak boleh menyimpan wang, senang membela kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai berbicara

Hari Selasa:

  • Mudah terpengaruh,tidak mempunyai pendirian tetap,mudah naik darah(pemarah),tidak sabar dan selalu ingin menang sendiri.

Hari Rabu:

  • Pendiam, namun kalau sudah berbicara tidak terduga (petah), tidak suka memcampuri urusan orang lain, baik hati, suka menolong dan banyak rezeki.

Hari Khamis:

  • Pendiriannya tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi, mudah termakan pujukan oleh rayuan halus dan tidak sabar.

Hari Jumaat:

  • Disukai orang banyak, kuat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yang baik dan suka mempelajari ilmu pengetahuan.

Hari Sabtu:

  • Giat bekerja, rajin pandai mencari rezeki, ditakuti orang banyak, pandai menempatkan diri dan boleh menyelesaikan apa yang menjadi tanggungjawabnya dengan baik.

Hari Minggu(Ahad):

  • Pandai bergaul, disukai orang banyak, berjiwa besar, suka merendahkan diri, pandai berbicara dan dapat mengatasi masalah yangg dihadapinya dengan baik.

Ini hanya sekadar untuk rujukan, bukan untuk dipercayai seratus peratus, adakala ianya benar, adakala ia tidak benar, walaubagaimanapun tetap terus dengan kehidupan, InshaAllah semoga diberkati.


2 Ulasan

Terbaru Lebih lama