Berikut Sepuluh Tanda-tanda Kiamat Yang Besar, Sudahkah Kita Bersedia?

Berikut Sepuluh Tanda-tanda Kiamat Yang Besar, Sudahkah Kita Bersedia?

    Sepuluh Tanda-tanda Kiamat Yang Besar, daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?".

    Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: 

    "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". 

    Sepuluh Tanda-Tanda Kiamat Besar 


    • Asap
    • Dajjal
    • Binatang
    • Ya’juj dan Ma'juj
    • Tenggelamnya daratan di bahagian timur.
    • Tenggelamnya daratan di bahagian barat
    • Terbit matahari dari tempat tenggelamnya
    • Turunnya Isa bin Maryam alaihissalam
    • Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab
    • Api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka

    Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. 

    Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

    Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

    Antara Hadis Sahih Yang Menceritakan Perihal Tanda Kiamat


    Daripada Huzaifah Bin Asid al-Ghifari berkata: Telah muncul Rasulullah SAW di samping kami apabila kami sedang berbincang. Maka Baginda SAW bertanya: Apa yang kamu bincangkan? Mereka menjawab: Kami sedang membicarakan perihal al-Sa’ah (hari Kiamat). Lalu Nabi SAW bersabda:

    إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ - فَذَكَرَ - الدُّخَانَ، وَالدَّجَّالَ، وَالدَّابَّةَ، وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ، وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنَ الْيَمَنِ، تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ

    Maksudnya: “Sesungguhnya ia (hari Kiamat) tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelum daripadanya sepuluh tanda”. “Baginda SAW menyebut (tanda-tanda tersebut): Asap, Dajjal, al-Dabah, terbitnya matahari dari barat, turunnya Nabi Isa anak kepada Maryam, Ya’juj dan Ma’juj dan tiga gerhana iaitu satu gerhana di Timur, satu gerhana di Barat dan satu lagi gerhana di rantau atau jazirah Arab. Seterusnya, yang terakhir adalah keluarnya api dari Yaman yang menghalau manusia ke Mahsyar mereka”. [Riwayat Muslim (2901)]

    Dalam riwayat yang lain, hadis yang lebih kurang sama daripada Huzaifah bin Asid bahawa Nabi SAW di dalam bilik dan kami berada di bawahnya. Maka Nabi SAW bertanya: Apa yang kamu bincangkan? Mereka menjawab: perihal al-Sa’ah (hari Kiamat). Lalu Nabi SAW bersabda:
     

    إنَّ السَّاعَةَ لَا تَكُونُ حَتَّى تَكُونَ عَشْرُ آيَاتٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَالدُّخَانُ وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الْأَرْضِ، وَيَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ، وَطُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنَارٌ تَخْرُجُ مِنْ قُعْرَةِ عَدَنٍ تَرْحَلُ النَّاسَ".

    Maksudnya: “Sesungguhnya al-Sa’ah (hari Kiamat) tidak akan berlaku sehingga berlaku sepuluh tanda ini iaitu gerhana di Timur, gerhana di Barat, gerhana di rantau arab, asap, Dajjal, Dabah yang melata di bumi (sejenis haiwan),Ya’juj dan Ma’juj, terbit matahari dari Barat, api yang keluar dari lembah Aden yang akan mengiringi manusia ”. [Riwayat Muslim (2901)]

    Berikut Doa Agar Terhindar Dari Fitnah Dajjal



    اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


    Transliterasi: Allahumma inni audzubika min 'adzabi jahannama wa min adzabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamati, wa min syarri fitnatil masihid dajjal.

    Ertinya: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, serta dari kejahatan fitnah al-masikh ad-Dajjal" (Hadits riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Hurairah).

    Imam Al Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumiddin bab ragam doa matsur untuk memohon perlindungan juga menyebutkan lafal doa terhindar dari fitnah dajjal.

    Hadis Daif Yang Tersebar


    Kita menghampiri bulan Ramadan, yang mana kiamat berlaku pada bulan Ramadan

     

    Diatas berwarna merah antara cerita yang tersebar luas di laman maya ialah peristiwa waktu kebangkitan pada pertengahan Jumaat Ramadan. Sering ditanya mengenai hadis ini dari rakan di blog, facebook atau melalui pesanan teks. Untuk menjawab soalan ini dengan lebih terperinci dan ilmiah, saya kongsikan kepada anda, Berikut adalah hadis yang berkaitan:

    قَالَ نُعَيْمٌ بْنُ حَمَّادٍ : حَدَّثَنَا أَبُو عُمَرَ عَنِ ابْنِ لَهِيعَةَ قَالَ : حَدَّثَنِي عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ حُسَيْنٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنِ الْحَارِثِ الْهَمْدَانِيِّ عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : “إذا كانَتْ صَيْحَةٌ في رمضان فإنه تكون مَعْمَعَةٌ في شوال، وتميز القبائل في ذي القعدة، وتُسْفَكُ الدِّماءُ في ذي الحجة والمحرم.. قال: قلنا: وما الصيحة يا سول الله؟ قال: هذه في النصف من رمضان ليلة الجمعة فتكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة في سنة كثيرة الزلازل ، فإذا صَلَّيْتُمْ الفَجْرَ من يوم الجمعة فادخلوا بيوتكم، وأغلقوا أبوابكم، وسدوا كواكـم، ودَثِّرُوْا أَنْفُسَكُمْ، وَسُـدُّوْا آذَانَكُمْ إذا أَحْسَسْتُمْ بالصيحة فَخَرُّوْا للهِ سجدًا، وَقُوْلُوْا سُبْحَانَ اللهِ اْلقُدُّوْسِ، سُبْحَانَ اللهِ اْلقُدُّوْسِ ، ربنا القدوس فَمَنْ يَفْعَلُ ذَلك نَجَا، وَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ ذَلِكَ هَلَكَ

    Nu’aim bin Hammad berkata: “Telah menceritakan kepada kami Abu Umar, dari Ibnu Lahi’ah, ia berkata; Telah menceritakan kepadaku Abdul Wahhab bin Husain, dari Muhammad bin Tsabit Al-Bunani, dari ayahnya, dari Al-Harits Al-Hamdani, dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu, dari Nabi sallallahu alaihi wasallam, beliau bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal, kabilah-kabilah saling bermusuhan (perang antara suku/golongan) di bulan Zulkaidah, dan terjadi pertumpahan darah di bulan Zulhijjah dan Muharram…”. Kami bertanya: “Suara apakah, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Allah Al-Quddus, Mahasuci Allah Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus”, kerana barangsiapa melakukan hal itu, niscaya ia akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu, niscaya akan binasa”.


    (Hadis ini diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad di dalam kitab Al-Fitan I/228, No.638, dan Alauddin Al-Muttaqi Al-Hindi di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, No.39627)


    Sebelum kita menerima, mempercayai dan mengamalkan hadis, kita mesti memeriksa kesahihannya, tidak kira sama ada orang yang menyampaikannya adalah orang yang beragama, ustaz, ustazah, tok guru, dan lain-lain. Ini kerana tidak semua yang kita hadapi itu benar. 


    Orang beragama juga adalah orang biasa yang boleh melakukan kesalahan dan melakukan kesalahan. Hanya sabda Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam yang lebih benar, dan tidak perlu mempertanyakan kebenarannya. Dari pantang larang hingga sekarang, kata-kata manusia lain dapat dikaji, diterima atau ditolak. 


    Di samping itu, pada zaman sekarang, kerana populariti dan kepercayaan Hadis, hanya sebilangan kecil orang beragama yang berharap dapat menyebarkan Hadis sehingga Hadis itu popular. Oleh itu, ia harus diteliti dan dikaji dengan teliti sebelum diterima.


    Kedudukan Hadits ini dinilai maudhu’ (palsu), kerana di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi hadis yang kazzab (pendusta) dan bermasalah sebagaimana diperbincangkan oleh para muhaddithin. Antara perawi yang didapati bermasalah dalam rantaian sanad hadis ini ialah:


    1. Nu’aim bin Hammad


    Dia seorang perawi yang dhaif (lemah),


    Berkata An-Nasa’i tentangnya: “Dia seorang yang dha’if (lemah)” (Al-Dhu’afa wa Al-Matrukin, karya An-Nasa’i I/101 no.589)


    Berkata Abu Daud: “Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dua puluh hadis dari Nabi sallallahu alaihi wasallam yang tidak mempunyai dasar sanad / tidak ada asalnya (La asla lahu ).”


    2. Ibnu Lahi’ah (Abdullah bin Lahi’ah)


    Dia seorang perawi yang dh’if (lemah), kerana mengalami masalah dalam hafalannya setelah kitab-kitab hadisnya terbakar.


    Berkata An-Nasa’i: “Dia seorang yang dhaif (lemah)” (Adh-Dhu’afa wa Al-Matrukin,  An-Nasa’i I/64 no.346)


    Pendapat Ulama Tentang Hadis Ini


    Berkata Ibnu Jauzi rahimahullah: “Hadis ini adalah pendustaan atas nama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam” ( Al-Maudhu’aat III/191).


    Berkata Al-Uqaili rahimahullah: “Hadis ini tidak memiliki dasar dari hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah (dipercayai), atau dari jalan yang thabit (kuat dan benar adanya).” ( Adh-Dhu’afa Al-KabirIII/52).


    Dengan demikian, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa hadits ini adalah hadis maudhu’ (palsu). Tidak boleh diyakini sebagai kebenaran, dan tidak boleh dinisbahkan sebagai sabda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Oleh kerana itu, tidak halal bagi kita untuk menyebarkannya kepada orang lain baik melalui media cetak, maupun elektronik, kecuali dalam dengan menjelaskan kedhaifan , kepalsuan, dan kebatilannya, serta bertujuan untuk memperingatkan umat darinya dan bukan untuk beramal dengannya.


    Jika kita telah melakukan ini, insyaAllah kita telah bebas dan selamat dari ancaman keras Nabi sallallahu alaihi wasallam:


    لاَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَيَّ يَلِجْ النَّارَ


    "Janganlah kalian berdusta atas namaku, kerana siapa yang berdusta atas namaku nescaya dia akan dimasukkan ke dalam neraka." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)


    Wallahua'alam Bisawab..

    1 Ulasan

    Terbaru Lebih lama