Tuan Guru Syeikh Abd Qadir Bin Md Yussof Al-Madani Meninggal Dunia


Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, hari ini kita telah kehilangan seorang lagi permata perjuangan dakwah rasulullah s.a.w, iaitu Tuan Guru Syeikh Abd Qadir Bin Md Yussof Al-Madani ( Tuan Guru Haji Musa Tumpat ), ulama agung Kelantan yang telah kembali menemui Allah jam 3 pagi tadi. 

Semoga ruh beliau dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para mujahidin agama Allah dan semoga perjuangannya diteruskan oleh kita semua. AL-FATIHAH.

Bagi yang tidak mengenali susuk tubuh agung ini, baca:


Ketika faqir meminta nasihat daripadanya, beliau berkata : "Apalah yang Tok Ayah boleh nasihatkan.. Tok Ayah sendiri masih perlukan nasihat daripada orang 'alim yang lain.."

Namun sebagai insan yang dahagakan nasihat daripada Tuan guru, faqir memujuknya dengan lembut, faqir katakan : "Muqaddimah Tok Ayah tu membuatkan kami bertambah haus.. Tambahkanlah lagi nasihat buat kami.. Semoga menjadi bekal yang bermanfaat buat kami.. " 

Tuan guru tersenyum. Wajahnya bertambah seri lagi dengan senyumannya. Akhlaknya lebih berseri daripada seri wajahnya itu. Beliau meneruskan kata-katanya : "Tok Ayah takut nak bercakap banyak.. takut nanti banyak yang salah.. sekalipun Tok Ayah bercakap quran dan hadis, Tok Ayah bimbang tersalah tafsir.." 

Allahu Rabbi.. Demikianlah perkataan seorang alim yang tawadhu'. Yang selalu memakai pakaian khauf terhadap Rabbnya. Sungguh bererti nasihatnya. Sungguh mendalam pengajarannya. Di saat itu faqir terus teringat sebuah athar : 

من كثر كلامه كثر سقطه ، ومن كثر سقطه كثرت ذنوبه ، ومن كثرت ذنوبه كانت النار أولى به 
"Barangsiapa banyak cakapnya, banyaklah salahnya. Barangsiapa banyak salahnya, banyaklah dosanya. Barangsiapa banyak dosanya, maka neraka itu terlebih aula baginya."

Sambungan Disini


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama