Hubungan Kelantan Dan Jawa

Hubungan Kelantan Dan Jawa




Hubungan Kelantan dan Jawa, bagi orang zaman moden ini, dua budaya ini nampak terlalu asing untuk ada kaitan antara satu sama lain. Seperti tidak pernah berketemu antara satu sama lain.

Namun sejarah yang dilupakan akan saya bongkar kembali. Dahulu Kelantan dan Jawa mempunyai hubungan yang amat rapat. Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut atau sebelum anda kata saya merapu, kaji beberapa fakta:

  • Keris kebesaran Sultan Kelantan bernama Keris Majapahit.

  • Sebut wayang kulit, maka orang tahu ianya daripada Kelantan, dan juga Jawa.

  • Orang Kelantan sangat suka pakai kain batik Jawa. Sehingga zaman tahun 60an, orang lelaki Kelantan menggunakan kain batik Jawa sebagai semutar di atas kepala dan diikat pada pinggang. Inilah trade mark orang Kelantan. Kain batik Jawa merupakan pakan harian yang wajib.

  • Ada banyak perkataan Jawa yang difahami oleh orang Kelantan, tetapi tidak difamahi oleh orang Kuala Lumpur.

  • Orang Kelantan mungkin tidak pernah bertemu orang Jawa pada tahun 1960an-70an, tetapi mereka secara lisan dan tradisi amat anti orangJawa.

Sebenarnya kemuncak hubungan Kelantan-Jawa ini ialah pada zaman Majapahit .... ada sesapa mau ulas?


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama